Ads jalan, sales tidak predictable
Campaign ada, spend ada, tapi result naik turun dan susah nak tahu apa yang patut scale.
Edi Rozaidi
Meta Ads, Funnel & Growth Strategist
WhatsApp Edi
Untuk SME, e-commerce, education dan service business yang sudah ada sales
Saya bantu founder dan team marketing cari apa yang patut dibuat, apa yang patut dihentikan, dan bagaimana susun ads, content flow, funnel serta sales follow-up supaya growth lebih measurable dan terkawal.
Meta Ads sebagai pintu masuk. Funnel, data dan sales diagnosis sebagai value sebenar.
Fokus sebenar
Ramai founder tanya "macam mana nak buat ads?". Masalah sebenar biasanya lebih dalam: content tak bawa intent, offer tak jelas, funnel bocor, sales follow-up lambat, data tak dibaca, atau team execute tanpa direction.
Di situlah saya masuk. Saya bantu diagnose flow, susun campaign, guide creative direction, baca data dan bagi next action yang team boleh buat.
Masalah yang saya suka selesaikan
Campaign ada, spend ada, tapi result naik turun dan susah nak tahu apa yang patut scale.
Posting konsisten, tapi hook, angle, trust dan CTA belum cukup kuat untuk bawa action.
Leads masuk tetapi tidak bergerak ke WhatsApp, appointment, checkout atau sales conversation.
Team boleh execute, tapi perlukan framework, reporting rhythm dan keputusan berdasarkan data.
Offer utama
Core saya ialah Meta Ads, funnel dan growth strategy. TikTok, Google, Shopee, CRM dan content direction digunakan bila ia menyokong growth system.
Untuk brand yang mahu scale sales atau leads melalui campaign yang lebih tersusun.
Nota penting: saya guide creative direction. Production creative perlu disediakan oleh brand atau team creative.
Untuk founder yang nak tahu apa sebenarnya menghalang sales sebelum tambah budget.
Untuk team yang mahu faham sistem ads, funnel dan growth secara practical.
Proof yang relevan
Saya bermula dalam dunia latihan sejak 2009 dan digital marketing sejak 2010. Pengalaman saya meliputi training, content, ads, CRM lead flow, marketplace dan retail campaign.
Terlibat sebagai digital marketer untuk Brand Fashion, merangkumi TikTok Shop, Shopee, social platforms, website dan growth direction sebelum ditarik masuk menyokong fokus retail sales serta branding bersama Advertising and Promotion department.
Training mindset
Client terbaik untuk saya ialah founder atau team yang terbuka terima pandangan, mahu faham proses, dan sanggup buat kerja yang diperlukan untuk growth.
Saya kurang sesuai untuk bisnes yang mahu result segera tanpa offer yang jelas, creative yang cukup, follow-up yang kemas, margin yang sihat dan patience untuk testing.
Credential
Client fit
Cara kerja
Semak business model, offer, target audience, sales process dan data semasa.
Susun content flow, lead path, landing page, WhatsApp, checkout atau CRM follow-up.
Bina campaign structure, angle, audience, creative direction dan KPI.
Analyze ROAS, CPA, leads quality, GMV, conversion dan bottleneck.
Bila ada signal yang menang, tambah budget dan grow dengan lebih terkawal.
Mulakan dengan audit
Hantar maklumat ringkas. Saya akan semak konteks bisnes anda dan reply untuk bincang langkah seterusnya.